Rabu, 5 Ogos 2009

ISA: Apabila Melayu jadi balaci
MELAYU itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun


Jika menipu pun masih bersopan


Bila mengampu bijak beralas tangan


Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak


Terlalu ghairah pesta temasya


Sawah sejalur tinggal sejengkal


Tanah sebidang mudah terjual


Itulah antara bait-bait puitis sajak Sasterawan Negara, Allahyarham Usman Awang, merungkai sikap bangsa Melayu sedangkan kampung telah tergadai, negara mahu dijualnya.

Mungkin juga sajak itu paling sesuai dalam memperkatakan mengenai tindakan segolongan kecil penderhaka bangsa bertempik, bersorak, berpesta melaungkan kononnya ‘Mansuhkan ISA’. Mereka lupa akta itulah yang telah menjadikan negara kita selamat, aman dan makmur sejak 52 tahun kemerdekaan negara.

Malu, marah, geram, kesal, muak, mual semua perasaan itu timbul apabila melihat wajah-wajah pengkhianat bangsa Melayu, kebanyakan berkopiah serta bertudung, yang sanggup menjadi balaci atau orang suruhan hanya untuk menganggu-gugat keamanan dan kestabilan negara yang telah kita kecapi selama ini.

Kenapa dalam zaman moden ini dan kebanyakannya berpelajaran sanggup diperkudakan hanya untuk kepentingan politik golongan tertentu sahaja yang berhasrat mengalih perhatian masyarakat terhadap masalah dalaman yang melanda pembangkang dan isu peribadi yang dihadapi.

Sekalung tahniah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang tegas dan berjaya memastikan golongan teramai tidak menjadi mangsa demonstrasi berkenaan.

Beliau berjaya memastikan pihak polis menjalankan tugas dari awal dengan menyekat laluan utama ke kawasan yang dirancang dan menahan mereka serta mendakwa sesiapa sahaja yang menyebabkan ia berlaku. Jelas dalam dirinya, yang salah tetap salah dan yang haram tetap haram.

Dakwaan pembangkang perhimpunan itu berjaya nyata meleset apabila sasaran 100,000 akan hadir tetapi hanya sekitar 5,000 dan 7,000 sahaja yang hadir.

Sedarkah orang Melayu, daripada 589 orang yang ditangkap 99 peratus atau 583 orang adalah Melayu dan 27 orang daripadanya pelajar, termasuk 20 orang pelajar sekolah di bawah 17 tahun.

Apabila polis menjalankan undang-undang dengan tegas, pembangkang mulalah mencanangkan ke seluruh dunia mendakwa polis zalim dan mengikut telunjuk UMNO. Ada juga kenyataan mereka yang sanggup berkata, polis sengaja berbuat demikian sebagai membalas dendam hasrat pembangkang yang mahukan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, meletak jawatan dan tidak disambung perkhidmatannya.

Persoalannya, bukankah polis dan menteri berkaitan sudah acap kali memberi amaran.

Bukankah perhimpunan itu tidak mempunyai permit. Yang haram tetap haram. Mana boleh yang hitam hendak diputihkan.

Bukankah sejak hari pertama Datuk Seri Najib Tun Razak memegang tampuk pemerintahan negara, beliau sudah memberi jaminan ISA akan dikaji semula. Jadi tunggulah kajian, janganlah lebih sudu daripada kuahnya.

Mereka yang bertanggungjawab dan menjadi dalang di sebalik perhimpunan itu patut didakwa dan dikenakan hukuman yang berat bagi menjadi contoh bagi rakyat lain agar tidak melakukan kesilapan yang serupa.

Kepada mereka yang mengikuti demonstrasi berkenaan, bacalah akta berkenaan sebelum meminta ia dibubarkan. Janganlah hanya mahu menang sorak sedangkan kampung dan negara menjadi galang gantinya.

Bayangkanlah sekiranya tanpa akta seumpama itu. Walaupun kerajaan sudah tahu seseorang mahu menghancurkan negara, tetapi tidak boleh bertindak awal kerana mahu menunggu ia melakukan kesalahan baru hendak ditangkap. Kehancuran sudah berlaku baru boleh bertindak.

Saya harap mereka bersembahyang istiharah sebelum melakukan perbuatan seumpama itu. Mintalah petunjuk daripada Allah SWT sama ada betul atau tidak tindakan yang telah menimbulkan kekacauan, kerosakan dan kehancuran kepada negara.

Janganlah hanya pandai memakai baju yang tertulis perkataan ‘ISA Bukan Cara Islam’ tetapi lupa tindakan mereka itu lebih jauh tidak Islam

Karnival Bola Jaring pu3 Taiping anjuran Puteri UMNO Cawangan Kg Bukit Jana Baru Bersama Puteri UMNO Bhg Taiping



Ahad, 28 Jun 2009

CALON BN MANEK URAI

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai diumum oleh TPM TS Muhyiddin Yassin sebagai calon BN, pilihanraya kecil Manek Urai-Agendanews

'ANGIN NAMPAK'

DS Anwar secara sinis ulas Biasiswa Nasional yang diumumkan PM, adalah untuk menarik sokongan Kaum Cina-Agendanews

Update 2

Nik Aziz perlu minta maaf kepada UMNO kerana tuduh perjuangan UMNO sama dengan ajaran sesat dan komunis kata KP UMNO Ahmad Maslan di Manek Urai-Agendanews

Sekitar Pilihanraya Kecil Manek Urai

Tengku Razaleigh kata di Manek Urai, Nik Aziz tak patut dan tak munasabah samakan perjuangan UMNO seperti ajaran sesat ayah Pin dan komunis-Agendanews

Rabu, 17 Jun 2009

PERPADUAN

Wanita UMNO akan utus jemputan kepada muslimat PAS bincang bagaimana Wanita boleh tentukan penyatuan umat Islam, kata ketuanya DS Shahrizat- Agendanews

MAKIN PANAS

MB Kedah Azizan Razak kata tidak wajar Nik Aziz buat kenyataan melulu dan minta Tim Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa letak jawatan- Agendanews

CAKAP BETUL2

TPM TS Muhyiddin minta PAS buat pendirian sebenar berhubung soal kerajaan perpaduan kerana kini wujud perselisihan dalaman PARTI itu- Agendanews

TERIMA

UMNO Cheras sedia terima Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa jika ditendang dari parti itu kata Ketuanya D Syed Ali Alhabshee- Agendanews

PERPADUAN

Presiden ada kebijaksanaan selesaikankata Naib Presiden PAS Mahfuz tapi angkat tangan enggan ulas Nik Aziz suruh Nasharuddin keluar PAS-Agendanews

SYARAT BARU

SUA PAS D Mustapha ALi adakan sidang akhbar khas pagi ini bagi syarat baru PAS hanya sedia runding dengan UMNO jika PKR dan DAP diajak sama-Agendanews

TUNGGU

DS Anwar kata beliau akan tunggu DS Hadi beri penjelasan terbaru dalam mesyuarat pembangkang berhubung kerajaan Perpaduan yang dicadang oleh PAS- Agendanews

Isnin, 15 Jun 2009

INI BUKAN PARLIMEN DUN PERAK

Kata bekas pengerusi BNBBC DS Shahidan ulas tindakan Nizar buat kecoh di Parlimen yang disifatnya diluar kewarasan- Agendanews

CONTOH BURUK

D Ibrahim Ali percaya Parlimen akan jadi gelanggang gaduh dengan sikap MP seperti Nizar yang berpendidikan tapi perbuatan memalukan-Agendanews

Ahad, 14 Jun 2009

HAL SENDIRI

Timb. Presiden PAS, Nasharudin kata tindakan Nizar kecoh di Parlimen hingga digantung bukan suara PAS tapi dirinya dan DAP-Agendanews

UPDATE-

Inin bukan pasar, cari Parlimen lain kalau nak buat kecoh, itulah ingatan TS Pandikar kepada pembangkang yang buat kecoh di sidang Dewan Rakyat-Agendanews

KENA 2 HARI

DS Nizar dan gang yang kecohkan Parlimen isu bubar DUN Perak digantung hadiri sidang Dewan 2 hari kata speaker TS Pandikar Amin-Agendanews

BUAT KACAU

Permulaan sidang Dewan Rakyat pagi ini diwarnai tindak tanduk Nizar@gang. Ada pakaiikat kepala "Bubar DUN". Lima diarah keluar + Nizar-Agendanews

Update: Manek Urai

Mustapha kata semua di kawasa DUN Manek Urai samada ahli UMNO, PAS atau atas pagar merupakan anak beranak belaka, sesama Melayu,sesama Islam- Agendanews

Hot News!

Dah Over- Datuk Mustapha Mohamad kesal datuk Nik Aziz guna istilah 'bertumpah darah' untuk bakar semangat ahli PAS pertahankan DUN Manek Urai-Agendanews

Sabtu, 13 Jun 2009

PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN & 'TRAIN & PLACE'

Dianjurkan JABATAN TENAGA RAKYAT (JTR) dan 13 agensi kerajaan, 42 sykt swasta & 13 training provider di foyer Bangunan Persekutuan, Greentown, Ipoh pada 13 dan 14 Jun 2009 ( Sabtu dan Ahad), 8.00am - 5.00pm. Banyak kekosongan untuk semua peringkat. Jangan lepaskan peluang ini!

Jumaat, 12 Jun 2009

KEMPEN KEAHLIAN DAN DAFTAR PEMILIH PUTERI UMNO BAHAGIAN TAIPING

Kepada semua adik-adik yang berumur 18 - 35 tahun, yang bermastautin di Taiping, Bandar Warisan, anda di pelawa menyertai keluarga Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Taiping. Penyertaan anda semua akan menyemarakkan lagi semangat 'Generasi Wanita Perihatin'. Puteri UMNO sentiasa berusaha menyalurkan maklumat-maklumat hal semasa terus kepada anda ( Info Karier, Bantuan Usahawan Muda, Peluang Pendidikan Kemahiran, Bantuan Guaman, persatuan ibu tunggal dan banyak lagi). Sertailah kami supaya kami boleh membantu anda.Ahli-ahli Pergerakan Puteri UMNO Taiping juga digalakkan menarik seberapa ramai ahli Puteri UMNO baru. Pelbagai cenderahati disediakan kepada Ahli Baru! Ayuh! Kita kasi gegar Puteri UMNO Taiping!
Sila hubungi kami:

Pejabat UMNO Bahagian Taiping,
Jalan Taming Sari,
34000 Taiping.

05-8072000 ( Tel, SUK Puteri Tpg: Cik Azila )
017-5216265 ( Ketua Puteri Taiping , Pn. Alia )
017-5603438 ( Pe. SU Tpg , Pn. Dalina )
aliahfc@gmail.com

Khamis, 11 Jun 2009

Perhimpunan Agung Puteri UMNO Msia




Fikir-Fikirkan!

Bersediakah Perak Di Perintah Oleh DAP!
SEMASA Anwar Ibrahim mengajak untuk lompat parti untuk September 16, 2008 kononnya, itu tidak mengapa. Bila ADUN Bota, Dato Nasaruddin lompat ke PKR, mereka kata lompat parti tidak salah dari segi undang-undang. Tetapi apabila 3 wakil rakyat mereka lompat bersama ADUN Bota yang kembali, mereka mahu bubar Dewan Undangan secara berbohong, tuntut diadakan pilihanraya, dan persoalkan etika lompat parti.

Rabu, 10 Jun 2009

Jom Join Puteri UMNO!












Puteri Taiping di Pilihanraya Kecil Bukit Gantang P59



Kalendar Aktiviti Puteri UMNO Bahagian Taiping

Mei 2009:
22hb Mei - Mesy. Puteri UMNO Cawangan Pokok Assam, 8.30mlm, Pej. UMNO Bhg Tpg.

Jun 2009:

10hb Jun - Mesy. Puteri UMNO Cawangan Rumah Awam Batu 4, 2.30ptg, Rumah Ketua UMNO Cawangan.

12hb Jun - Mesy. Puteri UMNO Cawangan Kg. Boyan, 4.30ptg, Rumah Bendahari Cawangan.

13hb Jun - Mesy. Puteri UMNO Cawangan Assam Kumbang, 10.00pagi, Pej. UMNO Bhg Tpg.

13hb Jun - Mesy. Puteri UMNO Cawangan Tmn. Desa Jana, 8.00mlm, Pejabat Ketua UMNO Cawangan.

14hb Jun- Mesy. Puteri UMNO Cawangan Kg. Pinang Utara,2.30ptg, Rumah Ketua Puteri UMNO Cawangan.

15hb Jun - Mesy. Puteri UMNO Cawangan Kg. Jana Sambungan,9.00mlm,Rumah Ketua Puteri UMNO Cawangan.

21hb Jun - Program Puteri UMNO Negeri Perak "Puteri Bersama Warga Seri Kenangan, Taiping" , 9.00am - 2.00 pm , Rumah Seri Kenangan, Taiping.

21hb Jun - Mesyuarat Puteri UMNO Cawangan Taman Semarak , 2.00 ptg , Dewan Orang Ramai Taman Semarak.

27hb Jun- Mesyuarat Puteri UMNO Cawangan Taman Marissa,2.30 ptg, Legend Inn Taiping.

28hb Jun- Mesyuarat Puteri UMNO Cawangan Kg. Melayu Bukit Jana, 3.30ptg, Rumah Ketua UMNO Cawangan.

28hb Jun - Mesyuarat Puteri UMNO Cawangan Kg. Jana Baru, 9.15pagi, Legend Inn.

28hb Jun- Mesyuarat Puteri UMNO Cawangan Kg. Pinang Baru, 2.30ptg, Rumah Ketua Cawangan.

Ogos 2009:

2hb Ogos - Karnival Bola Jaring anjuran Puteri UMNO Cawangan Kg. Melayu Bukit Jana bersama Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Taiping.